Blogger Layouts

Saturday 19 March 2011

Nota Cinta Untuk Kamu

kasih sayang dan cinta umpama lautan
cantik dipandang, 
damai memukau
umpama bumi, ia memanipulasi

di dalamnya pelbagai aneka
menghiasi dasar laut agar tidak kosong
agar tidak sepi tanpa di isi
dan adakalanya
ia menjadi punca rezeki para nelayan

ramai insan berkata
menangislah di hadapan laut
kerna ia mampu mententeramkan jiwamu...
jika kamu ria, 
lemparkan senyuman padanya
kerna ia mampu mengukir senyum maha lebar buatmu....
untuk pasangan berkasih, 
lihatlah mentari terbenam di laut sana, 
kerna kamu akan mengenang detik itu selamanya...

begitulah simboliknya kasihku padamu
dengan kasihku, 
aku mahu kamu tenang bersamaku...
dengan kasihku, 
aku mahu kamu seprerti nelayan, 
mampu menyambung hayatmu keranaku...
dengsn kasihku, 
aku mahu air matamu tumpah hanya di hadapanku, 
agar kamu kelihatan gagah di antara insan lain...

cintaku umpama lautan
sentiasa mengaliir
agarr kamu tahu ianya takkan putus buatmu
datangilah aku bila perrlumu
kernaku sentiasa sedia
menemani waktu dukamu
berkongsi ceria bersamamu
angin rinduku juga tiada bermusim
sentiasa berhembus buatmu...

cuma yang aku takuti
pupusnya hidupan di dasar laut, 
yakni detik- detik indah yang menghiasi
terdapatnya kotoran toksik dan buangan, 
yang mampu jejaskan aliran kasih
dan...
hadirnya badai di tengah laut, 
yang aku geruni
mampu merubah pasir di pantai

jika kamu bertanya
sejauh mana kasihku padamu
sesungguhnya...
aku tiada jawapan untuk itu
melainkan kamu turut rasainya...

pupuklah rasa ini brersama
4 Januari menjadi saksi
selautan kasih hanya untukmu
segugus rindu khusus buatmu
seabadi cinta...pemiliknya kamu

tak banyak yang ku pinta
peliharalah lautan ini
agar ianya kekal abadi
agar tiada pasang surutnya
agar di antarar kita
tiada yang karam di dalamnya
sekali kamu cemari
tiada peluang untuk kamu temui lagi....


written by - NUR HIDAYAH BINTI MAZLAN
inspirasi dan dedikasi kepada yang tersayang......

No comments:

Post a Comment